KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman empat individu kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi pembekalan makanan haiwan berjumlah kira-kira RM1.8 juta.

Mereka yang ditahan terdiri daripada seorang anggota dan pesara sebuah agensi penguat kuasa; seorang pengarah dan pengurus pentadbiran sebuah syarikat swasta

Perintah reman selama lima hari sehingga 19 September 2026 terhadap keempat-empat suspek telah dikeluarkan Majistret Aina Azahra Ariffin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi.

Sumber SPRM berkata, suspek yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40, 50 dan 60-an itu ditahan kira-kira jam 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati keempat-empat suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2021 hingga 2023.

“Kesemua suspek dipercayai telah mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu dalam tuntutan palsu bagi pembekalan makanan haiwan berjumlah kira-kira RM1.8 juta sedangkan jumlah pembekalan sebenar adalah lebih rendah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohammad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here