Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melambai semasa meninggalkan kediamannya dipercayai menuju ke Bangunan Perdana Putra di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 16 OGOS 2021.

PUTRAJAYA – Tepat jam 8.06 pagi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Perdana Putra, di sini.

Beliau yang menaiki kereta Toyota Vellfire hitam sempat menurunkan tingkap dan melambai tangan kepada pengamal media yang sudah sedia berkumpul di sini sejak awal pagi tadi.

Muhyiddin dijangka mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang dijadualkan jam 10 pagi ini.

Difahamkan selepas selesai mempengerusikan mesyuarat itu, Muhyiddin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mengerahkan surat perletakan jawatannya.

Perkara ini disahkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof semalam yang memaklumkan Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini. – MalaysiaGazette