Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Pas memberi komitmen untuk terus bersama Tan Sri Muhyiddin pada waktu susah dan senang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, itu perkara yang diucapkannya kepada bekas Perdana Menteri itu.

“Sebentar tadi saya telah menghubungi Tan Sri Muhyiddin Yassin, menzahirkan setinggi penghargaan dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Saya turut mengulangi komitmen untuk terus bersama di waktu senang dan susah, khususnya dalam usaha memulihkan negara dan memperkukuh perpaduan sesama kita,” katanya dalam hantaran di media sosialnya malam tadi.

Pas yang bersama-sama dalam kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini menyokong penuh tindakan Muhyiddin baik pentadbiran dan politik.

Muhyiddin hari ini meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas hilang majoriti sokongan ahli Parlimen dan mengumumkannya selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. ALLAHUAKBAR…..pemimpinan TGHH cekal wpun dimusuhi UMNO satu ketika dan difitnah RM 90 JUTA oleh amBERNANAH hingga ramai yang terpedaya dan lari dar JEMAAH serta dipijak ludah oleh AnwarFIKUN meLIWAT dengan cuba membelanya dengan hukum Qazaf

Comments are closed.