Covid-19 death deaths Healthcare workers managing Covid-19 corpse at the Selat Klang Muslim Cemetery in Selangor. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 28 JULY 2021.
Healthcare workers managing Covid-19 corpse at the Selat Klang Muslim Cemetery in Selangor. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 28 JULY 2021.

KUALA LUMPUR – Angka korban akibat Covid-19 bertambah lagi dengan 336 kes dilaporkan hari ini.

Pertambahan ini menjadikan jumlah korban akibat pandemik tersebut sebanyak 18,219 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, terdapat 255,789 kes diklasifikasikan masih lagi aktif.

“Sebanyak 959 kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 436 daripada memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, kes yang pulih turut tinggi iaitu sebanyak 20,573 kes menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh 1,570,827.

Terdahulu, Noor Hisham memaklumkan sebanyak 20,396 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.

Daripada jumlah itu sebanyak 20,388 kes merupakan penularan tempatan manakala lapan lagi kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak tersebut di negara ini kini sebanyak 1,844,835 kes.

Noor Hisham berkata, daripada 20,396 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 13,519 kes (66.3 peratus) adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau telah menerima dua dos vaksin tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua.

Manakala 6,877 kes (33.7 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

Katanya, daripada 322 kes kategori 3 hingga kategori 5, sebanyak 240 kes (74.5 peratus) terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 82 kes (25.5 peratus) daripada mereka yang telah lengkap di vaksinasi.

Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk.

Perkembangan positif ini dapat terus dilihat sekiranya Malaysia telah mencapai kadar vaksinasi yang lebih tinggi.

Justeru, kepada mereka yang belum mengambil vaksin Covid-19, dinasihatkan untuk segerakan pengambilan vaksin bagi melindungi orang di sekeliling daripada
kemungkinan dijangkiti COVID-19. – MalaysiaGazette