Foto Instagram Brendan Gan.

KUALA LUMPUR – Kapten Selangor FC, Brendan Gan mengejutkan pengikut Instagramnya apabila memuat naik dirinya yang kini berimej berkepala botak.

Menerusi video yang dimuatnaiknya, Brendan pada mulanya memakai baju hook sebelum membuka dan menunjukkan kepalanya yang botak.

Sebelum ini, Brendan disahkan menghidap penyakit kanser testis.

Berita itu disahkan oleh Selangor FC pada laman sosial rasmi kelab.

“Dengan rasa berat hati, kami di SFC ingin memaklumkan tentang keadaan Ketua Pasukan Selangor FC.

“Untuk makluman, Brendan telah didapati menghidap kanser testis dan telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut dan kini sedang dalam pemantauan pakar perubatan.

“Walau diuji, Brendan tetap optimis dan kuat. Semoga kita semua dapat terus mendoakan kesihatan dan memberikan privasi kepada beliau sepanjang tempoh pemulihannya.

“Brendan tekad untuk kembali pulih secepat mungkin dan tidak sabar untuk kembali semula bersama pasukan,” menurut kenyataan itu.

Brendan menjadi sandaran utama buat Selangor di jentera tengah selepas diikat skuad ‘Gergasi Merah Kuning’ itu pada musim lalu. – MalaysiaGazette