Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang sokongannya kepada Datuk Seri Ismail Sabri sebagai perdana menteri dilihat satu cubaan terdesak untuk menggelapkan fakta atau mengalihkan perhatian masyarakat terhadap kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah beliau.

Hakikatnya, kejatuhan PN disebabkan oleh desakan ketidakyakinan rakyat dan ia antara sebab penarikan sokongan oleh UMNO, jelas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Oleh yang demikian, Naib Presiden UMNO itu menyifatkan penjelasan Muhyiddin sangat canggung.

”Kedua, beliau sebenarnya sedar bahawa pendirian untuk menganggap UMNO secara umum sebagai pendukung kleptorat adalah tidak benar, malah sangat bercanggah dengan kesanggupan beliau yang kini kembali bekerjasama dengan ramai wakil UMNO.

”Ketiga, penolakan beliau kepada PH dan sebahagian pemimpin UMNO adalah bermusim dan sangat bersifat acuh tak acuh.

”Ini kerana, perdana menteri yang beliau sokong telah memutuskan untuk bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin PH atau pembangkang yang lain sebagai satu pendekatan baharu. Dan tidak terdapat sebarang bangkangan dari beliau dalam hal ini,” tambah Khaled lagi.

Beliau mengulas kenyataan bekas perdana menteri itu yang mendakwa beliau menyokong Ismail Sabri sebagai perdana menteri kerana tidak mahukan Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa dengan sokongan kumpulan kleptokrat.

Khaled berkata, kesemua perkara ini menunjukkan dengan jelas Muhyiddin sebenarnya tidak mempunyai pendirian yang jelas dan tetap.

Sebaliknya beliau selesa menukar pegangan semata-mata untuk menjustifikasi tindakannya yang mahu kekal berada dalam kerajaan.

Malah, ini adalah satu cubaan terdesak untuk kini tampil sebagai penyelamat Malaysia.

”Adalah jelas bahawa Tan Sri Muhyiddin Yasin sekadar memberi helah dan mahu mengelirukan kita. Dah diberi ruang dan peluang bertaraf menteri, fokuskan sajalah kepada peranan dan tanggungjawab baru yang telah diberi,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. TERLALU BONGKAK UMNO….kerajaan BARU bergerak ke arah 100 hari…..menuduh GAGAL orang lain…HEBAT sangatkah covid 19 BOLEH DIHAPUSKAN 100% dalam sekelip mata atau 100 HARI nanti…..wak zahid pres umNO DAN 15 petualang negara KENA LETAK JAWATAN jika GAGAL 100HARI

    jangan jadi MUNAFIK macam ANWAR tolak tawaran TSMY dengan alasan sangat MENGHINAKAN ANWAR dan merasuah….hari ini sanggup minum KENCING LUDAH DAN MUNTAH sendiri utk menerima tawaran KITAR SEMULA dari Ismail Sabri

  2. Bukan desakan rakyat tapi desakan 15 ahli parlimen UMNO yang tarik diri diatas pengaruh ketuanya.

Comments are closed.