KUALA LUMPUR – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) melantik Datuk Shabudin Yahaya sebagai pengerusinya yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggal dunia Ogos lalu.

Shabudin yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor sejak 2013 adalah bekas hakim mahkamah syariah sebelum menjawat jawatan Pengerusi Felcra Berhad.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang.

”Di atas kepimpinan dan pengalaman yang dimiliki ini, beliau diyakini dapat menerujui AIM yang memiliki seramai 356,024 Sahabat kepada satu tahap yang lebih baik dan cemerlang.

“Semoga pelantikan ini dapat meningkatkan lagi peranan dan fungsi AIM dalam usaha membantu kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan seterusnya dapat meningkatkan taraf ekonomi isi rumah golongan yang berpendapatan rendah,” kata AIM dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette