Sebuah jentera bomba melintasi pepohonan sequoia di Lost Grove ketika kebakaran melanda kira-kira 15 batu di Taman Negara Sequoia, California. foto AP

LOS ANGELES – Dua kebakaran besar, kebakaran Windy dan KNP Complex memusnahkan kawasan di sekitar Hutan Nasional Sequoia dan Taman Nasional Sequoia di California masing-masing seluas 18.075 ekar (73.1 km persegi) dan 21.777 ekar (88.1 km persegi).

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Taman Nasional Sequoia memaklumkan kebakaran KNP Complex merebak sehingga Four Guardsmen di Hutan Gergasi itu.

Hutan Gergasi itu adalah penempatan bagi lebih dari 2,000 sequoias (pokok kayu merah) gergasi, termasuk pokok Sherman – pokok terbesar di dunia mengikut jumlah.

Four Guardsmen adalah tiang dari empat sequoias gergasi yang terletak berhampiran pintu selatan hutan.

Kebakaran yang berlaku di sekitar pohon sequoia raksasa di California mendorong lebih banyak pemindahan dilakukan ketika api merebak ke komuniti di sekitar hutan.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa kebakaran akan tetap aktif sepanjang malam.

Pokok sequoia yang bersejarah di pergunungan Sierra Nevada, yang berusia ribuan tahun dan tingginya beratus-ratus kaki, semakin terancam oleh kemarau, perubahan iklim dan kebakaran yang melampau.

Tahun lalu, Castle Fire memusnahkan 10 peratus sequoias asli dunia, menurut National Park Service. – Xinhua