Foto Instagram Ramlah Ram.

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular era 90an, Ramlah Ram meluahkan rasa syukur apabila ibu kesayangannya dibenarkan pulang ke rumah setelah dirawat di hospital akibat jangkitan Covid-19.

Berita dikongsikan penyanyi Diam-Diam Jatuh Cinta itu menerusi Instagram (IG) baru-baru ini.

“Alhamdulillah, mak saya telah pun discharge semalam. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana sentiasa mendoakan kesembuhan mak saya.

“Semoga Allah SWT akan membalas jasa baik anda berlipat kali ganda. Terima kasih sekali lagi,” tulisnya di IG.

Ramlah di awal perkongsian tersebut sempat memohon maaf kerana tidak berkesempatan menjawab pertanyaan dan komen peminat di media sosial.

“Saya ingin mohon maaf kerana tidak membalas komen anda atas sebab tidak berkesempatan untuk menyemak IG kerana terlampau fikirkan keadaan mak saya,” tulisnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast