Kapal Seri Cemara melakukan penghantaran kargo LNG ke Taiwan. foto Petronas

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) melakukan penghantaran kargo gas cecair asli (LNG) ke-50 dari kemudahan FLNG Satu.

Kargo itu dimuatkan pada 25 September lalu di atas kapal PNG, Seri Cemara yang dikendalikan oleh MISC.

”Kargo ke-50 adalah pencapaian yang signifikan bagi Petronas, pelopor dalam industr dan menunjukkan daya maju pengeluaran gas luar pesisir dengan penyelesaian FLNG.

”Kargo FLNG pertama dihasilkan dari medan gas Kanowit, luar pesisir Sarawak pada tahun 2017,” katanya dalam kenyataan di sini.

PFLNG SATU juga merupakan kemudahan FLNG pertama di dunia yang berjaya menghasilkan LNG dari dua medan gas terpencil ketika dipindahkan dari medan gas Kanowit ke lokasi sekarang di medan gas Kebabangan, luar pesisir Sabah pada tahun 2019.

Naib Presiden Petronas Aset LNG, Abang Yusuf Abang Puteh berkata, firma minyak dan gas ini bangga dengan kejayaan ini yang membuktikan kebolehpercayaan bertaraf dunia dari kemudahan FLNG Satu dan yang lebih penting lagi, komitmen tenaga kerja Petronas untuk menyediakan bekalan LNG tanpa gangguan kepada pelanggan.

“Pencapaian ini membuktikan kepimpinan kami dalam industri LNG. ‘Walaupun beroperasi dalam lingkungan yang mencabar akibat Covid-19, PFLNG Satu telah menghasil dan mengeksport hampir 3.18 juta tan LNG dari medan gas Kebabangan dan Kanowit sejak 2017 dengan mengekalkan standard kesihatan, keselamatan, keselamatan dan alam sekitar (HSSE) yang tinggi,” tambah Abang Yusuf.

PFLNG SATU dirancang untuk beroperasi pada kedalaman air hingga 200 meter dengan kapasiti pengeluaran 1.2 juta tan LNG setahun.

Pada masa ini, Petronas adalah satu-satunya syarikat tenaga global di dunia yang memiliki dan mengendalikan dua kemudahan FLNG. – MalaysiaGazette