Gloria Williams (kiri) dan Brian Coulter telah ditangkap.- Foto Twitter

WASHINGTON – Seorang ibu dituduh meninggalkan empat anak lelakinya, ditangkap di Texas bersama pasangannya yang disyaki membunuh seorang daripada kanak-kanak tersebut.

Tiga daripada kanak-kanaklelaki  itu ditemui pada hari Ahad di sebuah apartmen di Houston, yang mana mereka tinggal bersama rangka saudaranya.

Pasangan ibunya, Brian Coulter, 31, didakwa membunuh kanak-kanak lelaki itu pada tahun 2020, ketika mangsa berusia lapan tahun.

Ibu kanak-kanak itu, Gloria Williams, 35, didakwa atas kesalahan mencederakan seorang anaknya.

Abang kepada kanak-kanak itu yang berusia 15 tahun, memberitahu polis, adiknya telah meninggal dunia selama setahun dan mayatnya berada di dalam bilik rumah berkenaan.

Polis Texas percaya pasangan itu tidak tinggal di apartmen selama beberapa bulan, kata Sheriff Harris County Ed Gonzalez di Twitter.

Semasa diabaikan, mereka mendapatkan makanan daripada jiran.

Kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tragis dan menyedihkan, kata Gonzalez pada sidang akhbar.

Tambahnya, anak sulung itu berusaha untuk menjaga dua lagi adik kecil yang berusia tujuh dan 10 tahun.

Tetapi kedua-duanya nampak kekurangan zat dan menunjukkan tanda-tanda kecederaan fizikal, kata Gonzalez di Twitter.

Tiga daripada kanak-kanak itu berhenti bersekolah pada Mei 2020, tetapi tindakan ke aras ibu mereka digugurkan kerana wabak Covid-19.

Tiga beradik yang masih hidup itu berada dalam jagaan Jabatan Keluarga dan Perkhidmatan Perlindungan Texas. – BBC