Austria merekodkan hampir 12,000 kes harian pada hari Khamis. foto Getty Images

VIENNA – Austria akan melaksanakan sekatan pergerakan pertama kepada rakyatnya yang tidak lengkap vaksinasi selepas angka jangkitan Covid-19 melonjak semula.

Wilayah utara Austria akan melaksanakan sekatan itu mulai Isnin jika mendapat kebenaran daripada Kerajaan Persekutuan.

Salzburg juga merancang untuk melaksanakan pendekatan baharu.

Canselor Alexander Schallenberg berkata, penutupan negara bagi mereka yang tidak divaksinasi “mungkin tidak dapat dielakkan”.

Dua pertiga rakyat negara itu tidak sepatutnya menderita disebabkan keengganan yang lain untuk mendapatkan vaksinasi.

Utara Austria, yang bersempadan dengan Jerman dan Czech mempunyai populasi 1.5 juta, merekodkan kadar jangkitan tertinggi di negara itu dan kadar vaksinasi terendah.

Di peringkat nasional, sebanyak 11,975 jangkitan Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu dan Suruhanjaya Koronavirus Austria telah memberi amaran tentang ancaman yang perlu diambil secara serius. – BBC