Janna Nick.

KUALA LUMPUR – Janna Nick meraih Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, semalam.

Janna atau Nurul Jannah Muner berjaya meraih trofi berkenaan dengan 86,374,777 undi.

Terdahulu, pelakon, pengacara, penyanyi dan pengarah popular berusia 26 tahun berkenaan turut membolot trofi Pelakon Filem Wanita Popular mengetepikan Sherry Alhadad, Nelydia Senrose, Zahirah MacWilson dan Aprena Manrose.

Janna juga meraih trofi Pengacara TV Popular menewaskan Azira Shafinaz, Mira Filzah, Sherry dan Jihan Muse.

Selain itu, Ben Amir psekali lagi menggenggam trofi Pelakon TV Lelaki Popular.

Manakala, trofi Pelakon TV Wanita Popular pula dimenangi oleh Siti Saleha.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast