Keluarga Rosyam Nor.

KUALA LUMPUR – Pelakon tersohor, Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dikurniakan ahli keluarga lelaki selepas 32 tahun menunggu.

Menerusi Instagram miliknya, Rosyam memberitahu anaknya, Nur Anis, 28, telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta kelmarin yang merupakan cucu lelaki pertama buat dirinya.

Beliau menganggap kelahiran cucunya kali ini adalah suatu rahmat yang cukup besar kerana menimang seorang ahli keluarga lelaki.

Sebelum ini, Rosyam, 54, merupakan bapa kepada lima anak dan tiga cucu di mana kesemuanya adalah perempuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast