KUALA LUMPUR – Cik B, anak kepada usawahan Datuk Seri Vida dijangkiti Covid-19.

Kini, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menjalani kuarantin di rumah kerana kondisinya tidak serius, hanya hilang deria bau.

“Saya terkena jangkitan Covid-19. Tetapi tidak mengapa, tiada apa yang serius. Cuma saya tidak boleh bau tapi deria rasa masih okay.

“Boleh tengok mata saya merah dan bibir kering, tiada yang serius… Tidak boleh bau makanan sahaja,” katanya menerusi perkongsian video di Instagram Story.

Sementara itu, ibunya Vida atau Datuk Seri Hasmiza Othman panik sebaik sahaja mengetahui anak perempuannya itu positif Covid-19 selepas ujian calitan.

“Mujur mama tak rebah, mama panik. Mama cuba tenangkan diri, mama pujuk diri. Cik B hebat, Cik B kuat, Cik B boleh lawan,” tulisnya.

Terdahulu, keputusan jangkitan Cik B itu diketahui selepas Vida dan anak-anaknya melakukan ujian calitan selepas pulang dari rentas negeri.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast