Rakaman menunjukkan sebuah SUV merah yang merempuh orang ramai sedang berarak di Wisconsin. foto CBSnews

MADISON – Lebih 20 orang cedera selepas sebuah kereta merempuh perarakan di Wisconsin, kata polis.

Rakaman yang disiarkan di media sosial menunjukkan kenderaan utiliti sukan merah memandu melalui perarakan Krismas di bandar Waukesha, barat Milwaukee pada kira-kira jam 5 petang waktu tempatan (23:00 GMT).

Orang ramai menjerit apabila melihat mangsa-mangsa dirempuh kenderaan tersebut.

Ketua Polis Wisconsin, Dan Thompson memberitahu, mereka telah menemui sebuah kenderaan yang disyaki dan mengenal pasti individu yang dikehendaki.

Namun, tiada butiran terperinci diberikan.

Katanya, tempat kejadian itu disahkan selamat,

“Malam ini adalah traumatik untuk Kota Waukesha,” Datuk Bandar Shawn Reilly dalam sidang media.

Penduduk tempatan, Angelito Tenorio memberitahu akhbar Milwaukee Journal Sentinel, dia baru sahaja selesai berarak dalam perbarisan ketika kejadian itu berlaku.

“Kami melihat sebuah SUV… memecut dengan kelajuan penuh di sepanjang laluan perbarisan. Dan kemudian kami mendengar dentuman yang kuat, dan hanya tangisan dan jeritan daripada orang ramai yang dilanggar oleh kenderaan itu, ” katanya. – Agensi