Anggota bomba memasuki rumah jagaan warga emas yang terbakar di Kampung Rojak. foto Reuters

SOFIA, Bulgaria – Sembilan warga emas maut selepas sebuah rumah jagaan di kebakaran berlaku di sebuah rumah jagaan di timur Bulgaria.

Sebuah bangunan sekolah lama di perkampungan Rojak yang diubah suai menjadi rumah jagaan orang tua itu terbakar pada pukul 6 petang (1600 GMT), ketika berpuluh-puluh penghuninya sedang bersiap untuk makan malam.

“Malangnya, sembilan daripada 58 orang yang berada dalam bangunan itu meninggal dunia,” kata pegawai bomba, Tihomir Totev kepada pemberita.

Kebanyakan penduduk terpaksa dipindahkan dari bangunan itu dan ada yang menerima rawatan perubatan kerana terhidu asap, tambahnya.

Kementerian Dalam Negeri berkata, kebakaran bermula dari bumbung bangunan dan telah dipadamkan.

Punca kebakaran belum diketahui. – Washington Post

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast