Covid-19 cases
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes baharu positif Covid-19 yang direkodkan sehingga jam 12 tengah hari ini mencatatkan sebanyak 5,097 kes.

Jumlah itu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menunjukkan penurunan 404 kes berbanding semalam sebanyak 5,501 kes.

Katanya, kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini sebanyak 2,619,577 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

Sementara itu, data Kementerian Kesihatan (KKM) mencatatkan peratusan populasi remaja yang lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 sehingga semalam, ialah 2,615,923 atau 83.1 peratus.

Manakala, sebanyak 2,766,649 remaja atau 87.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Bagi populasi dewasa pula, 22,455,762 individu atau 95.9 peratus telah melengkapkan vaksinasi masing-masing dan 22,957,009 atau 98 peratus lagi menerima satu dos.

“Sebanyak 113,741 dos vaksin diberikan semalam, melibatkan 4,929 dos pertama, 6,376 dos lengkap serta 102,436 dos penggalak,” kata laporan itu.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kini meningkat kepada 52,666,489 orang. – MalaysiaGazette