Foto hiasan

JASIN – Sembilan pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Al Quran (JAIM) Chenderah, di sini pula didapati positif Covid-19 hari ini.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan kes berkenaan yang sekaligus menjadi kejadian kedua di institusi pendidikan daerah ini.

Semalam, beliau berkata seorang pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Selandar turut didapati positif pada 1 Disember lalu sebelum dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MITC Ayer Keroh.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette