Program itu yang turut mendapat kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyasarkan sumbangan 1,000 bakul makanan ke seluruh negara.

KUALA LUMPUR –  Golongan artis nasyid yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 turut diberikan perhatian apabila Pertubuhan Misi Kemanusiaan Naurah Care Malaysia menganjurkan program pelancaran dan penyerahan misi bakul makanan kesihatan produk Artis Nasyid kepada golongan memerlukan.

Program itu yang turut mendapat kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyasarkan sumbangan 1,000 bakul makanan ke seluruh negara.

Pertubuhan itu dalam satu kenyataan berkata, bermula tahun lalu, pihaknya telah mengambil inisiatif menggerakkan satu misi iaitu ‘Misi Bakul Makanan Barangan Asas’.

“Bermula Fasa Pemulihan pada Oktober lalu. Naurah Care Malaysia menggerakkan 1 misi, iaitu ‘Misi Bakul Makanan Kesihatan Produk Artis Nasyid’. Ia adalah kesinambungan bagi misi bakul makanan barangan asas.

“Secara langsung, usaha ini menggembirakan golongan asnaf yang sangat terjejas di dalam tempoh pandemik Covid-19,” kata kenyataan itu,

bantuan boleh dilakukan melalui sumbangan RM70 bagi setiap bakul makanan Produk Artis Nasyid untuk disumbangkan kepada golongan asnaf di seluruh tanah air.

Tambah kenyataan tersebut, misi itu juga turut bertujuan membantu golongan artis nasyid yang terjejas teruk disebabkan pandemik Covid-19 ini.

“Mereka langsung tidak dapat untuk menggerakkan sebarang aktiviti persembahan rakaman dan aktiviti yang lain.

“Oleh itu, hasil kolaborasi antara Naurah Care Malaysia dan artis nasyid yang mempunyai produk, maka bermulalah Misi Bakul Makanan Kesihatan Produk Artis Nasyid.

“Orang ramai, peminat artis nasyid, syarikat korporat, agensi kerajaan berpeluang berkongsi rezeki dengan cara menyumbang ke Tabung Misi Bakul Makanan Kesihatan Produk Artis Nasyid,” katanya.

Menurutnya, bantuan boleh dilakukan melalui sumbangan RM70 bagi setiap bakul makanan Produk Artis Nasyid untuk disumbangkan kepada golongan asnaf di seluruh tanah air.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Naurah Care Malaysia di talian 016-567 5350 atau menghantar emel ke [email protected] selain mengunjungi laman sesawang : www.naurahcaremalaysia.com. – MalaysiaGazette