MAHARASHTRA, India – Seorang remaja lelaki memancung kepala kakaknya yang hamil kerana kahwin lari ditangkap polis.
Perkahwinan mangsa berusia 19 tahun itu dengan jejaka pilihannya yang tidak direstui ahli keluarganya, kata polis tempatan.
Semasa kejadian mangsa telah menyediakan teh untuk adik dan emaknya di rumah mereka di daerah Aurangbad, Maharashtra.
Wanita itu tiba-tiba diserang oleh adik lelakinya dari arah belakang dengan menggunakan parang.
Remaja itu memenggal kepala kakaknya dan emaknya memegang kedua-dua kaki mangsa atas alasan menjaga maruah keluarga.
Menurut polis, selepas melakukan pembunuhan itu, suspek sempat berswa foto dengan kepala kakaknya yang sudah meninggal dunia.
Bapa mangsa yang sakit dan terlantar di katil dalam rumah hanya menyedari kejadian selepas terdengar bunyi pinggan dan mangkuk terjatuh di dapur.
Emak mangsa yang bersubahat dalam kejadian itu telah direman polis dan sedang disiasat manakala anaknya direman di bawah kes juvenil selepas peguam beliau mendakwa suspek berusia bawah 18 tahun.
Bagaimanapun, polis memaklumkan pihaknya akan mencabar perintah itu dan memohon reman memandangkan pihaknya sudah menemui sijil kelahiran suspek yang membuktikan dia berstatus dewasa.
Polis mendapati keluarga suami mangsa lebih miskin berbanding keluarga mangsa merupakan punca hubungan mereka ditentang ibu dan adiknya.
Selepas melarikan diri, mangsa tidak berhubung dengan keluarganya tetapi ibunya melawat anak perempuan itu seminggu sekali dan menyedari beliau hamil.
Aktivis di India mendakwa ratusan orang dibunuh setiap tahun kerana bercinta dan berkahwin tanpa restu keluarga. – MalaysiaGazette