Kepulan asap hitam daripada sebuah pesawat yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Las Americas di Republik Dominica.

SANTO DOMINGO, Republik Dominica – Sebuah pesawat eksekutif dengan sembilan orang berada di dalamnya terhempas ketika cuba melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Las Americas, di sini, hari ini.

Terdapat tujuh penumpang dalam pesawat tersebut serta dua kru dan media tempatan melaporkan sembilan maut dalam insiden tersebut.

Menurut akhbar, Listin Diaro dan Diario Libre, pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang La Isabela, El Higuero, Republik Dominica menuju ke Florida, Amerika Syarikat.

Juruterbang pesawat itu mengisytiharkan kecemasan sejurus berlepas dan memutuskan untuk melencong ke Lapangan Terbang Antarabangsa Las Americas untuk mendarat sebelum terhempas. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast