Foto media sosial Ong Kian Ming.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming menunjukkan gambar tangannya yang ‘berbelang’ selepas turun padang membantu mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.

“Saya tidak fikir saya boleh mendapatkan kulit seperti ini dengan melakukan beberapa foto ops, bukan? Dan sekiranya ada yang tertanya-tanya… Saya hanya memakai pasar malam Armani ya,” ciap di Twitter miliknya.

Kelmarin, Kian Ming berada di Taman Sri Muda, Shah Alam, untuk melawat keadaan dan membantu penduduk yang terperangkap akibat banjir.

Selain menghabiskan beberapa jam di sana, beliau turut membangkitkan isu penyelarasan kerja-kerja menyelamat dengan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Namun Kian Ming berdepan dengan kritikan menyokong barangan palsu dengan memakai baju-T jenama Armani tiruan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast