Bangkai pesawat Ukraine International Airlines yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Tehran. foto Agensi

OTTAWA – Sebuah mahkamah di Ontario, Kanada, telah menganugerahkan sejumlah C$107 juta (AS$83.94 juta), bersama faedah, kepada keluarga enam penumpang yang maut apabila Pengawal Revolusi Iran menjatuhkan pesawat Ukraine International Airlines dekat Tehran dua tahun lalu.

Iran menembak jatuh pesawat itu pada Januari 2020.

Kesemua 176 orang di dalamnya terbunuh, termasuk 55 warga Kanada dan 30 penduduk tetap.

Enam ahli keluarga yang diberikan pampasan oleh Mahkamah Ontario kehilangan pasangan, adik-beradik, anak, anak saudara perempuan dan anak saudara lelaki dalam Penerbangan 752, kata peguam mereka, Mark Arnold, dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mereka telah memfailkan saman sivil terhadap Iran dan pegawai-pegawai lain yang dipercayai menyebabkan kejadian itu.

Peguam itu berkata, pasukannya akan berusaha untuk merampas aset Iran di Kanada dan di luar negara.

Beliau berkata, Iran mempunyai kapal tangki minyak di negara lain dan pasukannya akan berusaha untuk merampas apa sahaja yang boleh untuk membayar hutang kepada keluarga-keluarga ini.

Keputusan oleh dibuat oleh Hakim Edward Belobaba dari Mahkamah Tinggi Keadilan Ontario bertarikh 31 Disember 2021 dan diumumkan oleh Arnold pada hari Isnin.

Kes itu difailkan oleh Shahin Moghaddam, Mehrzad Zarei dan Ali Gorji. Beberapa plaintif lain tidak mendedahkan nama mereka kerana khuatir akan tindakan balas daripada Iran, lapor CBC News sebelum ini.

Pasukan forensik khas Kanada telah menghasilkan laporan pada pertengahan 2021 yang menuduh Iran tidak cekap dan melulu hingga menembak jatuh pesawat penumpang Ukraine.

Iran mengkritik laporan itu sebagai “sangat dipolitikkan”.

Laporan itu mendapati walaupun insiden menembak jatuh pesawat Ukrainian International Airlines 752 tidak dirancang namun ia tidak boleh membebaskan pegawai Iran daripada tanggungjawab atas kejadian itu.

Keputusan oleh Hakim Edward Belobaba dari Mahkamah Tinggi Keadilan Ontario bertarikh 31 Disember dan diumumkan oleh Arnold pada hari Isnin.

Kes itu difailkan oleh Shahin Moghaddam, Mehrzad Zarei dan Ali Gorji. Khuatir akan tindakan balas daripada Iran, beberapa plaintif lain menahan nama mereka, lapor CBC News sebelum ini.

Pasukan forensik khas Kanada telah menghasilkan laporan pada pertengahan 2021 yang menuduh Iran tidak cekap dan melulu berhubung pesawat penumpang Ukraine yang ditembak jatuh. Iran mengkritik laporan itu sebagai “sangat dipolitikkan”.

Laporan itu mendapati bahawa walaupun penembakan jatuh pesawat Ukrainian International Airlines 752 tidak direncanakan, ia tidak membebaskan pegawai Iran daripada tanggungjawab atas kejadian itu.

Iran mengakui ia menembak jatuh pesawat tersebut sejurus selepas berlepas dari Tehran pada Januari 2020 dan menyalahkan “kesilapan teruk” oleh pasukan keselamatannya yang pada itu sedang berjaga-jaga kerana konfrontasi dengan Amerika Syarikat (AS)

Pada masa itu, Iran bimbang tentang kemungkinan serangan balas AS selepas ia melepaskan peluru berpandu ke pangkalan Iraq yang menempatkan tentera AS sebagai tindakan balas terhadap pembunuhan komander tenteranya yang paling berkuasa, Qassem Soleimani, dalam serangan peluru berpandu AS di lapangan terbang Baghdad. – Reuters