Sharnaaz Ahmad.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa bengang dengan sebuah syarikat menjual alat permainan kanak-kanak kerana mendakwa harganya langsung tidak masuk akal.

Jelas Sharnaaz di Insta Story miliknya, harga mainan Minion kini dijual pada harga RM550 dan nilai tersebut boleh digunakan membeli dua buah basikal kanak-kanak.

Bapa tunggal kepada seorang anak itu turut meminta syarikat berkenaan untuk membalas mesejnya.

“Nak meniaga boleh, tapi jangan sembelih orang hidup-hidup!” Apa ke binatang Minion pekak letak bateri enam biji kat kaki hang sembelih orang RM550. Boleh beli basikal budak dua biji woi,” tulisnya. – MalaysiaGazette