Foto Instagram Ameera Khan.

KUALA LUMPUR – Adik kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Ameera Khan dikecam gara-gara memuat naik gambar babak filem House Of Gucci dalam Insta Stories di Instagram miliknya.

Perkara tersebut telah dipersoalkan oleh seorang individu yang mengecam tindakan yang dilakukan oleh Ameera itu.

Hi @GSCinemas why is this allowed in your cinemas. And also why people still do this?? 2022,” tulisnya.

Sementara itu, pihak GSC Cinema menerusi jawapannya di Twitter menyatakan pihaknya memandang serius mengenai perkara tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, GSC juga sudah memaklumkan kepada pihak pengedar filem berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, Neelofa juga pernah melakukan tindakan yang sama seperti adiknya ketika menonton filem Lion King pada tahun 2019. – MalaysiaGazette