covid-19
Sebanyak lapan kematian dilaporkan KKM semalam. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat pukul 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data yang dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman sesawang COVIDNOW, jumlah kumulatif angka korban akibat wabak tersebut kini berjumlah 31,655 kes.

Daripada jumlah tersebut, dua kes merupakan kematian di luar hospital (BID).

Selangor mencatatkan kematian tertinggi iaitu sebanyak enam kes manakala Kelantan, Perak, Sabah, Sarawak dan Terengganu masing-masing melaporkan satu kes kematian.

Sementara itu, tiada kematian baharu dilaporkan di Kedah, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan.

Dalam perkembangan berlainan, laman sesawang itu turut melaporkan jumlah kes yang masih lagi aktif adalah sebanyak 39,776 kes dengan 3,427 pesakit Covid-19 masih ditempatkan di hospital.

COVIDNOW turut berkongsi angka individu yang menjalani kuarantin di rumah iaitu seramai 32,866 orang atau bersamaan dengan 82.6 peratus manakala seramai 3,230 orang (8.1 peratus) berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast