Noor Hisham Abdullah Sarawak state election Covid-19 cases
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,641 kes positif direkodkan hari ini, berkurangan 247 berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata,  jumlah terkini kumulatif jangkitan virus berkenaan  setakat ini adalah 2,788,860 kes.

“Daripada kes baharu ini, Kes import : 338 kes (273 warganegara; 65 bukan warganegara); kes tempatan : 2,303 kes [2,229 warganegara (96.8 peratus); 74 bukan warganegara (3.2 peratus)],” katanya menerusi kenyataan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara adalah 0.98.

Semalam, negara merekodkan sebanyak 2,888 kes positif manakala 2,741 kes yang telah sembuh.

Sementara itu menurut Noor Hisham, sebanyak 2,808 kes sembuh dilaporkan pada hari ini.

Manakala sebanyak 253 kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selain 106 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.-MalaysiaGazette