Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah flood victims Covid-19 positive infectious diseases
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes lonjakan positif Covid-19 selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes harian juga didapati semakin menurun di negeri itu.

“Kes harian, kemasukan ke hospital dan ICU menurun. Kes kematian turut menurun,” katanya dalam akaun Twitter milik beliau, hari ini.

Noor Hisham berkata, sejumlah 75.6 peratus rakyat Sarawak sudah menerima vaksin lengkap dan 62 peratus dewasa telah menerima dos penggalak masing-masing.

Peratusan itu dicatatkan sehingga 9 Januari lalu, kata Noor Hisham.

PRN Sarawak diadakan pada 18 Disember memperlihatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 45 daripada 82 kerusi pada PRN12 Sarawak. – MalaysiaGazette