KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,346 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut beliau, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif akibat jangkitan wabak tersebut berjumlah 2,802,263 kes.
Katanya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman sesawang covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemas kini selepas tengah malam. – MalaysiaGazette