Gambar fail
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 kes kematian Covid-19 semalam, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi data laman sesawang COVIDNOW, angka terkumpul kematian akibat pandemik itu bertambah kepada 31,882.

Semalam tiada rekod kematian dilaporkan berlaku di luar hospital.

Negeri Selangor, Johor, Kedah, Perak dan Terengganu masing-masing merekodkan dua kes kematian manakala Kuala Lumpur, Melaka, Pahang dan Sabah satu kes sahaja.

Tiada kes kematian direkodkan di negeri-negeri lain.

KKM berkata, sebanyak 44,088 kes aktif dilaporkan dengan 141 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Sebanyak 62 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini mencecah 2,829,089. – MalaysiaGazette