covid-19
Sebanyak lapan kematian dilaporkan KKM semalam. - Gambar hiasan

 

KUALA LUMPUR – Kes kematian akibat jangkitan Covid-19 bertambah sembilan lagi semalam.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, daripada jumlah itu satu kematian berlaku di luar hospital.

Setakat jam 11.59 malam tadi, kes kematian meningkat kepada 31,892.

Katanya, sebanyak tiga kes kematian masing-masing direkodkan di Johor dan Terengganu manakala Selangor, Perak dan Sabah satu kes.

Malaysia merekodkan sebanyak 45,120 kes aktif Covid-19 setakat semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,842 kes dirawat di hospital termasuk 90 kes di Unit Rawatan Rapi dengan 52 memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, negara merekodkan 2,816, 999 kes jangkitan Covid-19. – MalaysiaGazette