covid-19
Sebanyak lapan kematian dilaporkan KKM semalam. - Gambar hiasan

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 kes kematian dilaporkan akibat jangkitan Covid-19 semalam.

Tiga kes meninggal dunia di luar hospital, menurut data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Angka terbaharu itu menjadikan kes kematian terkumpul sebanyak 31,940.

Setakat tengah malam tadi, jumlah kes aktif ialah sebanyak 47,805.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,890 dirawat di hospital dengan 124 orang di Unit Rawatan Rapi termasuk 70 kes menggunakan alat bantuan pernafasan.

Selangor merekodkan tiga kes kematian dan masing-masing dua kes di Kuala Lumpur dan Kelantan/

Manakala Johor, Perak, dan Sarawak masing-masing satu kes. – MalaysiaGazette