covid-19
Sebanyak lapan kematian dilaporkan KKM semalam. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak lima kematian lagi akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.

Ia merupakan kes terendah sejak 23 April lalu termasuk tiga kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Data menerusi laman sesawang COVIDNOW menunjukkan, setakat ini, sejumlah 31,957 kes kematian dengan 6,441 kes membabitkan BID.

Jumlah terbaharu kes kematian itu membabitkan masing-masing satu di Kelantan, Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan Selangor.

Pada masa sama, sebanyak 51,397 kes positif Covid-19 masih lagi aktif.

Sementara itu, sebanyak 97,300 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam.

Ia menjadikan sejumlah 63,384,672 dos vaksin sudah diberikan setakat ini.

Ketika ini, 97.9 peratus daripada populasi dewasa negara sudah melengkapkan pelalian mereka, manakala sebanyak 88.6 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun juga sudah melengkapkan vaksinasi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast