Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,546 kes sembuh Covid-19 direkodkan pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 2,806,154 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes jangkitan baharu hari ini melonjak tinggi dengan catatan angka sebanyak 9,117 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 2,904,131 kes.

“Sebanyak 123 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 telah disahkan Covid-19 manakala 42 kes disyaki kemungkinan dan masih dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 67 kes dengan 34 telah disahkan Covid-19 manakala 33 kes disyaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham memberitahu, sebanyak 47 kes adalah dalam kategori 3, 4 dan 5 manakala 9,070 kes terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, kes import yang dilaporkan adalah sebanyak 134 kes manakala kes tempatan pula sebanyak 8,983 kes.

Jumlah kluster yang dilaporkan pada hari ini ialah 6,488 kluster dengan 10 daripadanya adalah kluster baharu, manakala kluster tamat pula sebanyak 6,135 dan jumlah kluster aktif sebanyak 353 kes, ujarnya.

“KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat kesihatan termasuklah elak 3S (elak kawasan sesak, sempit dan sembang dengan jarak dekat), amalkan 3W (amalkan wash, wear dan warm), amalkan TRISS (trace, report, isolate, inform and seek).

“Dapatkan vaksin Covid-19 bagi kurangkan jangkitan yang serius dan bilangan kes kematian,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast