Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan sejumlah 20,939 kes baharu Covid-19.

Menerusi Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan jangkitan kini mencecah 2,996,361 kes.

“Daripada 20,939 kes harian yg dilaporkan pada hari ini, 118 kes (0.56 peratus) kategori 3, 4 & 5 dan 20,821 kes (99.44 peratus) kategori 1 & 2,” kata Dr. Noor Hisham.

Daripada pecahan itu, sejumlah 15,640 kes positif adalah dalam kategori 2, 5,181 adalah kategori 1 dan selebihnya dalam kategori tiga hingga lima. – MalaysiaGazette