Foto Instagram Azwan Kombos.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Ezzaty Abdullah selamat melahirkan anak keduanya awal pagi yang melengkapkan sepasang cahaya mata buatnya.

Isteri kepada Azwan Kombos itu mengumumkan berita kelahiran anak lelakinya itu di Instagramnya pagi tadi.

Bayi itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat rawatan di Rawang, Selangor dengan berat 2.95 kilogram.

“Alhamdulillah sudah ada sepasang. Ikutkan banyak persamaan kelahiran kali ini dengan anak sulung kami, Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.

“Berat kelahiran, doktor yang melakukan prosedur kelahiran serta cara ‘induce’ atau proses bersalin secara paksaan pun sama. Yang berbeza hanya rasa saja,” katanya.

Foto Instagram Ezzaty Abdullah.

Menjelaskan lebih lanjut perbezaan rasa sewaktu melahirkan anak lelakinya itu, pelakon drama Maid ini menjelaskan pengalaman dan proses dilakui amat menyakitkan.

“Kali ini jujur saya akui rasa macam nak tercabut nyawa. Inilah pengalaman dan rasa beranak macam selalu saya dengar dan diceritakan.

“Tapi di sebalik semua itu, Allah permudah dan percepatkan proses kelahirannya. Jadi tak terlalu lama saya harus menahan sakit,” katanya.

Ketika ini, Ezzaty berkata pilihan nama untuk putera sudah ada.

“Cuma belum diputuskan lagi nama mana yang nak dipilih. Gambar anak kedua pun kami mungkin akan kongsi selepas tempoh tujuh hari kelahirannya atau berakhir proses pantang.

“Dalam hal ini, saya dan suami akan dengar pandangan serta nasihat ibu bapa,” katanya.

Sebagai informasi, Azwan dan Ezzaty mendirikan rumah tangga pada 2016. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast