Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan sebahagian sukarelawan yang hadir pada Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor 2022 (SERVE 2022) di Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memberi laluan untuk Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin.

Ia berlaku apabila Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan PKR meletakkan calon di DUN tersebut.

Zamil Najwah diumumkan oleh Anwar sebagai calon walaupun Parti MUDA pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu meletakkan calon di DUN tersebut, selain di Kempas dan Gambir.

Sebelum ini, Zamil pernah bertanding di DUN Tanjung Surat pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14) lalu.

Tengah hari tadi, Anwar mengumumkan lima calon pertama parti itu bagi zon selatan iaitu Naib Pengerusi PKR Johor, S. Gopalakrishnan untuk DUN Tiram; Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Fakhruddin Moslim, 34, di DUN Pasir Raja dan Arthur Chiong Sen Sern, 32, sebagai calon DUN Bukit Batu.

Turut disenaraikan bertanding ialah Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan, 42, di DUN Kempas.

Syed Saddiq sebelum ini mengesahkan MUDA akan bertanding di DUN Puteri Wangsa, Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap dan Bukit Permai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast