SINGAPURA – Singapura menyaksikan sebanyak 19,429 kes harian Covid-19 semalam, meningkat berbanding 9,082 pada hari Isnin.
Kementerian Kesihatan Singapura dalam data terkini berkata, kes itu adalah tertinggi sejak wabak pandemik tersebut menular pada Januari 2020.
Daripada 19,179 kes tempatan yang dilaporkan pada hari Selasa, 16,102 dikesan melalui ujian pantas antigen (ART), yang bermaksud pesakit tidak menunjukkan gejala atau gejala mereka ringan.
Manakala 3,077 lagi dikesan melalui ujian PCR.
Terdapat juga 241 kes import baharu, dengan 182 dikesan melalui ujian PCR dan 59 melalui ART.
Tujuh orang dilaporkan menjadi korban Covid-19.
Setakat semalam, Singapura merekodkan 49,997 kes Covid-19 dengan 913 kematian.
Sejumlah 1,355 pesakit dimasukkan ke hospital dengan Covid-19 pada hari Selasa, meningkat daripada 1,332 orang sehari sebelumnya.
Untuk hari ke-11, jumlah kemasukan ke hospital telah melebihi 1,000.
Daripada jumlah itu, 23 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan sejumlah 140 memerlukan sokongan oksigen, turun daripada 147 pada hari Isnin. – ST (https://www.straitstimes.com/singapore/health/19420-new-cases-in-singapore-1355-covid-19-patients-hospitalised)
















