Kes positif Covid-19 akibat virus omicron menunjukkan trend peningkatan di negeri-negeri.

KUALA LUMPUR – Kes positif baharu Covid-19 tiga buah negeri melepasi 2,000 kes dengan Sabah mencatatkan kes tertinggi dengan 5,565 kes.

Ia diikuti Johor  dengan 2,716 kes dan Pulau Pinang (2,088 kes).

Jumlah kes itu dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) masing-masing, sebelum dimasukkan dalam data Kementerian Kesihatan (KKM) untuk gabungan semua negeri di seluruh negara.

Sementara itu, di Sarawak, daripada 390 kes baharu, 385 kes adalah kategori 1 dan 2, manakala lima kes kategori 3, 4 dan 5.

Mengikut tahap jangkitan, kategori 1 – tiada gejala, kategori 2 – gejala ringan, kategori 3 – jangkitan paru-paru, kategori 4 – jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen, kategori 5 – jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast