Gambar hiasan

SINGAPURA – Singapura melaporkan sebanyak 26,032 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari semalam terdiri daripada 25,731 kes tempatan dan 301 kes import.

Malah empat kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian akibat pandemik menjadi 956 kes.

Menurut statistik jangkitan terkini di laman web Kementerian Kesihatan,  sebanyak 1,608 pesakit berada di hospital dan seramai 190 pesakit memerlukan bantuan alat oksigen.

Seramai 46 pesakit berada di unit rawatan rapi berbanding 44 pada Isnin lalu.

Kebanyakan jangkitan Covid-19 baharu Singapura adalah kes Protokol 2 iaitu mereka yang sihat atau dinilai mempunyai gejala ringan.

Bagaimanapun, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan dicatatkan 1.57 – turun daripada 1.62 pada Isnin lalu.

Selain itu, Singapura telah merekodkan sebanyak 622,293 kes Covid-19 sejak permulaan wabak itu.

Setakat Isnin, sebanyak 94 peratus penduduk Singapura  telah menerima kedua-dua suntikan vaksin di bawah program vaksinasi kebangsaan.

Manakala kira-kira 66 peratus daripada jumlah penduduk telah menerima suntikan penggalak vaksin mereka.- CNA NEWS-

(https://www.channelnewsasia.com/singapore/covid-19-cases-feb-22-moh-new-cases-deaths-hospital-icu-2512606)