Aina Abdul. Foto TVe.

KUALA LUMPUR – Aina Abdul terus kreatif dengan penampilan apabila muncul dengan kostum berimej pokok ketika berduet dengan Khai Bahar menerusi lagu Nafas Cinta dalam Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini  malam tadi.

Malah Aina, 29, tidak langsung terganggu dengan penampilannya yang sarat dengan tumbuhan dan dan menyanyi penuh bertenaga menerusi lagu itu.

Ketika ditemubual oleh pengacara Nabila Huda berkata, dia cuba menjadi ‘pokok’ di atas pentas.

Sebelum ini, fesyen digayakan Aina sebelum ini sentiasa mengundang perhatian peminat dan netizen dalam apa saja acara hiburan disertainya, begitu juga ketika muncul di pentas AJL.

Sebelum ini, Aina pernah tampil dengan imej seperti ‘comforter’, ‘winter coat’ dan ‘igloo’ pada Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) lalu.

Kini, dia sekali lagi mencuri perhatian dengan mengenakan busana rekaan pereka fesyen Melinda Looi berkonsep  couture yang menggunakan lima warna. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast