Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 87 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan setakat malam tadi dengan 25 kes berlaku di luar hospital.

Pertambahan itu menjadikan kes kematian pandemik terus meningkat kepada 33,807.

Johor merekodkan angka kematian tertinggi iaitu 22 kes, diikuti Selangor (18) dan Perak (10).

Pulau Pinang dan Kuala Lumpur pula masing-masing enam kes, Pahang (5), Kedah dan Kelantan masing-masing empat kes.

Manakala Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing tiga, Sarawak (2) serta Sabah (1).

Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, bagi tempoh tersebut kes aktif yang direkodkan ialah
320,876.

Daripada jumlah itu, sebanyak 8,704 kes dimasukkan ke hospital.

Sebanyak 384 pula ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 222 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala 309,214 kes dikuarantin di rumah dan 2,574 di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19.

Sehingga malam tadi Malaysia merekodkan 3,795,490 kes dengan pertambahan 22,174 kes baharu. – MalaysiaGazette