Petugas Unit Forensik membawa masuk mayat ke dalam kontena kadaverik 'freezer' berikutan peningkatan kes kematian Covid-19 di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 92 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam.

Daripada jumlah itu 33 kes kematian di luar hospital.

Pertambahan itu menjadikan kes kematian terus meningkat kepada 33,899.

Kedah merekodkan angka kematian tertinggi iaitu 28 kes, diikuti Johor (15) dan Selangor (14).

Pulau Pinang (7), Perak (6); masing-masing lima kes di Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah serta Sarawak dan Terengganu (masing-masing tiga).

Sebanyak 308,942 kes aktif dilaporkan setakat malam tadi, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sejumlah 8,400 sedang dirawat di hospital dengan 388 kes ditempatkan di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu 215 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, Malaysia merekodkan sebanyak 3,817,126 kes jangkitan Covid-19 dengan 22,030 adalah kes baharu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast