Temubual bersama pembahas Mahasiswa UMNO Malaysia, Muhammad Zuhir Ghazali pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 19 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Mahasiswa UMNO mengambil pendirian untuk menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan bila masa yang sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).

Jurucakap Mahasiswa UMNO, Wan Muhammad Zuhir Ghazali berkata, mahasiswa tidak perlu menjadi menjadi lalang yang dituip angin dan kekal dengan prinsip.

“Kita tidak terikut dengan mana-mana pihak, kita menyerahkan penuh kepercayaan menyerahkan tugas untuk melaksanakan PRU bila itu terletak kepada pucuk pimpinan parti dan Perdana Menteri, kita tidak boleh sesuka hati nak cakap apa,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai gesaan akar umbi UMNO untuk parti itu segera mengadakan PRU-15 melihat kepada momentum kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor baru-baru ini.

Dalam pada itu, mahasiswa UMNO juga berpendapat semua ahli parti harus menyerahkan kepada parti untuk membuat sebarang keputusan mengenai PRU-15, kata Wan Muhammad Zuhir.

Jelasnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah daripada UMNO dan tidak perlu ada pihak yang menjadi batu api dan menikam sesama sendiri.

“Datuk Seri Ismail Sabri adalah orang kita, keluarga kita jangan halau orang kita dan jangan kita tikam orang ktia sendiri. Kesimpulannya serahkan kepada pucuk pimpinan parti,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Wan Muhammad Zuhir berkata, pihaknya mencadangkan agar UMNO memberikan tawaran baharu kepada anak-anak muda yang merupakan pengundi baharu dibawah kategori Undi18.

Jelasnya lagi, langkah itu perlu kerana gelombang Undi18 mengakibatkan jumlah peratusan undi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menurun kepada 54.92 peratus.

“Antara lain kita sentuh tentang Undi18, apa polisi UMNO untuk menangkap undi anak-anak muda ketika mana PRN Johor menampakan betapa Undi18 kurang efektif dan tidak kena dengan baik.

“Orang muda berusia 18 tahun di Johor tidak turun mengundi, dan apa dampak kepada orang muda sedangkan hal ini diangkat awal oleh PH tetapi mereka jadi kerajaan akhirnya persedianaan tidak diberikan kepada orang muda,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast