MGNews : 12 Hospital Terima Sumbangan Zakat MAIWP

12 buah hospital di sekitar Wilayah Persekutuan menerima sumbangan zakat lebih RM9 juta daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Ahmad berkata demikian ketika bercakap pada media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kebajikan Hospital Wilayah Persekutuan Tahun 2022 oleh MAIWP di Hospital Putrajaya.