Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar serta yang lain melancarkan Coop Mart di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Pudina, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 15 APRIL 2022.

PUTRAJAYA – Lebih 2,000 kedai koperasi sedia ada di seluruh negara berpontensi untuk dijadikan pasar borong dan runcit yang menawarkan harga barang murah menerusi konsep Coopmart.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, sebagai permulaan, pihaknya mensasarkan sehingga 500 Coopmart baharu dengan 60 buah kedai bakal dibuka menjelang hujung tahun ini.

“Coopmart baharu kita cuba buat dalam 500 kedai. Tahun ini kita cuba buat Coopmart baharu kita cuba sasar 60 kedai dahulu.

“Tapi 2,000 kedai koperasi sedia ada ini kita akan ubah secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar serta yang lain melancarkan Coop Mart di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Pudina, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 15 APRIL 2022.

Menurutnya, bukan sahaja menukar logo bahkan kedai koperasi sedia ada yang sedia melakukan penjenamaan semula akan menikmati beberapa kelebihan.

“Mana-mana koperasi di luar sana kalau mereka tukar logo sahaja (Coopmart), kita sediakan peruntukan, kemudian barulah kita berikan subsidi kepada barang-barang yang dijual di Coopmart ini.

“Terpakai kepada kedai koperasi sedia ada dan baharu, kita galakkan Coopmart dibuka di kawasan-kawasan golongan berpendapatan rendah (B40),” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar serta yang lain bergambar kenangan di hadapan Coop Mart selepas merasmikannya di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Pudina, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 15 APRIL 2022.

Tambahnya, konsep Coopmart diperkenalkan pada tahun ini untuk menawarkan barang keperluan yang mampu milik dan rendah bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat khususnya B40 di bandar.

“Kita akan perbanyakkan Coopmart ini di kawasan-kawasan B40 termasuk rumah PPR kita akan bekerjasama dengan jawatankuasa penduduk untuk kita buka Coopmart bagi meringankan beban B40 dalam kawasan bandar.

“Kita nak mengelakkan orang tengah untuk memastikan harga barang ini kita dapat murah dan kita harap dari kilang.

“Maka kita tubuhkan pusat pengedaran DNC dan hari ini kita ada 28 pusat pengedaran ini.

“Ini usaha kita menjadikan Cooprmart ini sebagai salah satu tempat rakyat mendapatkan barang yang lebih murah untuk membela kos sara hidup rakyat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast