Landasan Lapangan Terbang Albany, New York dilanda salji tebal. Foto Getty Images

NEW YORK – Ribut musim bunga telah menyebabkan bekalan elektrik terputus di seluruh negeri di timur laut Amerika Syarikat (AS), dengan lebih satu kaki salji turun di beberapa tempat.

Kira-kira 300,000 pelanggan kehilangan bekalan elektrik, 200,000 daripadanya di New York.

Di selatan Virginia, penduduk berdepan dengan musim sejuk ketika mereka menantikan musim bunga.

Beberapa negeri timur laut lain pula diberi amaran ribut musim sejuk oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS).

Dikhuatiri salji yang lebat dan basah boleh menumbangkan pokok selepas NWS mengeluarkan amaran tiupan angin sehingga 64km/j.

Di New York, orang ramai diminta tidak menggunakan jalan raya, jika boleh.

Pekan Binghamton di New York mencatat rekod dua hari untuk bulan April dengan salji setebal 14.5 incil (36.8cm) setakat pagi Selasa.

Pekan Virgil, New York pula melaporkan 18 inci salji, mencapai paras tertinggi ramalan salji turun.

Albany, ibu negeri New York pula mengalami fenomena yang dipanggil thundersnow.

Salji yang turun menyebabkan beberapa kemalangan kenderaan di Pennsylvania, di mana sehingga 8 inci jatuh di beberapa tempat, dan bahagian Virginia Barat serta barat Virginia serta Maryland salji setinggi 6 inci, menyebabkan lalu lintas sesak di lebuh raya di rantau ini.

Bandar pantai seperti Boston dan New York City bebas daripada salji tetapi mengalami hujan lebat, banjir dan tiupan angin kencang.

Walaupun salji telah berhenti di kebanyakan tempat, NWS telah memaklumkan cuaca musim sejuk dan angin di beberapa daerah tengah New York.

Nasihat itu berkuat kuasa sehingga lewat petang ini. – BBC (https://www.bbc.com/news/world-us-canada-61156861)