Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke masjid berkenaan bagi menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.

TEMERLOH  – Kira-kira 2,000 jemaah memeriahkan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah Al-Mustain Billah di sini pada 1 Syawal hari ini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke masjid berkenaan bagi menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.

Baginda turut bersama rakyat bertakbir raya manakala khutbah raya dipimpin oleh Kadi Temerloh, Abdul Aziz Abdul Karim.

Sebelum itu, tatacara Solat Sunat Aidilfitri diterangkan oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Othman.

Manakala solat sunat Aidilfitri diimamkan oleh Imam 1, Badrulhisham Mohamad.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr. Sallehudin Ishak dan barisan Exco Kerajaan Negeri. – MalaysiaGazette