MGNews : Pindaan Perlembagaan Dorong Kestabilan UMNO Terus Dipertahankan – Asyraf Wajdi

Usul meminda Perlembagaan UMNO supaya pemilihan parti diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) yang diluluskan sebulat suara pada hari ini dibuat demi kestabilan politik yang perlu bermula daripada parti terlebih dahulu.

Jelas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, keyakinan rakyat hanya akan dapat diraih sekiranya parti berkenaan mampu menawarkan kestabilan.